Sejarah daerah Larut, Matang dan Selama Daerah_Larut,_Matang_dan_Selama

Mengikut sejarah, bandar Taiping telah dibangunkan oleh penjajah Inggeris pada awal tahun 1880-an yang mana pada ketika itu, daerah ini kaya dengan sumber hasil bijih timahnya di sekitar Sungai Larut. Sebelum kedatangan British, daerah ini (pada masa dahulunya dikenali sebagai Jajahan Larut) telah ditadbir oleh Menteri Larut iaitu Dato' Long Jaafar yang telah diberi kuasa oleh Sultan Perak pada ketika dulu untuk mentadbir jajahan ini. Long Jaafar telah membina pusat pentadbirannya di Bukit Gantang dan menjadikan Kuala Sg. Limau di Trong sebagai pelabuhan utama Jajahan Larut.

Apabila British menjajah negeri Perak sejurus Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874 di Pangkor, Jajahan Larut telah ditadbir oleh Kapten Tristam Speedy sebagai Penolong Residen British. Residen British pertama di Perak adalah J.W.W. Birch pula mendiami Pasir Salak yang ketika itu dijadikan sebagai Pusat Pentadbiran British. Apabila peristiwa berdarah berlaku di Pasir Salak yang menyaksikan J.W.W. Birch dibunuh oleh pahlawan-pahlawan Melayu Perak yang diketuai oleh Datuk Sagor dan Dato Maharaja Lela pada 2 November 1875, pihak British telah memindahkan pentadbiran Negeri Perak ke Bandar Taiping pada 1880-an.

Daerah Larut, Matang dan Selama terkenal dengan 33 elemen terawal di Malaysia iaitu Jalan Keretapi Pertama yang menghubungkan Bandar Taiping dengan Pelabuhan Kuala Sepetang (Port Weld) pada tahun 1885, Pelabuhan Kuala Sepetang (Port Weld), Bangunan Telegraf, Taman Tasik Taiping, Muzium Perak, Zoo Taiping (tertua di malaysia), Bangunan Pentadbiran Kerajaan, Rumah Rehat Bandar, Sekolah Pusat (Sekolah King Edward VII), Pasukan Polis Perak dan sebagainya.

Rujukan

WikiPedia: Daerah_Larut,_Matang_dan_Selama http://www.dromoz.com/directory/maps/?epid=18567 http://www.plus.com.my/ http://www.jmti.gov.my/bulletin2007/feb-mac%202007... http://www.jphpk.gov.my/Malay/populasi.html http://www.mptaiping.gov.my http://pdttaiping.perak.gov.my/ms/senarai-pegawai http://www.perak.gov.my/sultan/bahasa/kandungan.ht... http://www.statistics.gov.my/portal/download_Popul... http://www.townplan.gov.my/epublisiti/drsnp2040/DR... https://web.archive.org/web/20140522234002/http://...